Cinta dan Tamadun…. versi 2…

Leave a comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

Assalamualaikum…

                Ini adalah sambungan dari entri yang lepas. Sedikit lagi tambahan dalam Cinta dan Tamadun.

Seperti yang kita lihat, setiap tamadun bermula dengan segolongan manusia yang hidupnya serba kekurangan. Tetapi mereka ini berusaha sedaya mungkin demi memajukan kehidupan mereka dengan mencipta alat-alat yang simple semata-mata untuk memudahkan mereka menjalani rutin seharian.

Contoh mudah yang boleh diambil ialah Tamadun Islam. Islam muncul pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan pada rasul terakhir Muhammad bin Abdullah di Gua Hira’, Arab Saudi. Iaitu bersamaan dengan kurun ke-7 masihi. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah saw, terdapat beberapa kerajaan Islam yang berdiri megah bersama-sama dengan kejayaan yang dibawa. Iaitu Khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Begitu jugalah dengan kejayaan yang dibawa pada setiap kerajaan ini. Dari permulaannya Islam itu dianut oleh seorang sehinggalah ia menjadi antara agama yang mempunyai ramai penganut. Dari permulaanya tanah Arab itu hanya padang pasir yang kering kontang, sehinggalah menjadi sebuah kerajaan yang megah. Semua ini berlaku mengikut kronologi yang teratur. Begitu sempurna perancanganNya.

Tapi akhirnya Tamadun Islam ini musnah kerana para pemimpin yang menjadi pemimpin tidak lagi menjadikan agama sebagai sumber rujukan. Mereka mula leka dengan kekayaan. Akhirnya kerajaan-kerajaan yang megah itu musnah di tangan musuh.

Begitu jugalah dengan cinta. Cinta itu tidak akan berlaku terus kepada perasaan cinta. Tetapi cinta itu akan dari sekecil-kecil perasaan.

Bermula dengan perasaan suka, kemudian perasaan itu dibiarkan lalu terjadilah persahabatan antara dua insan itu. Dari persahabatan itu akan berlaku rindu-merindui. Dalam proses itu mereka akan meluahkan perasaan rindu itu di antara mereka. Seterusnya, dalam masa beberapa hari, akan berlaku luah-meluahkan perasaan. Itulah dikatakan proses klimaks. Mereka seperti berada di dunia sendiri. Si lelaki dengan khayalannya dan si perempuan dengan khayalannya. Tapi apabila di antara mereka itu tidak ada lagi pegangan dan keyakinan pada agama, itulah yang dikatakan proses kehancuran sebagaimana yang berlaku pada tamadun Islam. Kesudahannya, haruskah kita menyesali setiap apa yang berlaku? Jawablah sendiri. Ingatlah bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang terang lagi nyata.

 

Yang Ikhlas,

Afez

Advertisements

Cinta dan Tamadun??…

Leave a comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan….

Assalamualaikum…

 

Manusia sering menganggap bahawa cinta itu harus memiliki. Jika kita cinta kepada seseorang itu maka kita harus memiliknya. Apabila manusia itu jatuh cinta, dengan secara automatiknya dia harus mendapatkan cinta orang yang dicintainya walauapapun caranya. Persoalannya, apakah benar pandangan seperti ini?

Sebernanya itu adalah satu tanggapan yang salah ataupun lari hukum alam. Cinta, dalam erti kata lain cinta itu sebernanya bermaksud pengorbanan. Pengorbanan yang harus kita lakukan demi melihat orang yang tersayang bahagia. Ianya dapat dibuktikan melalui Islam. Bagaimana kita membuktikan bahawa kita cintakan Islam, cintakan Allah swt dan cintakan Rasulullah? Adakah dengan cara kita memiliki jasad mereka?

Jawapannya sudah tentu tidak. Tapi bagaimana kita ingin membuktikan bahawa kita cintakan semua itu? Hanya satu jawapan yang mampu menjawabnya, iaitu pengorbanan.

Contohnya, bagaimana kita cintakan Allah swt? Dengan mengerjakan solat, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, amar makruf nahi munkar dan sebagainya. Itulah tanda bahawa kita mencintaiNya.

Bagaimana pula kita membuktikan bahawa kita mencintai Rasulullah? Jawapannya adalah dengan sentiasa berselawat ke atas baginda, mengamalkan sunnah Baginda, dan sebagainya.

Daripada beberapa contoh di atas kita boleh lihat bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki tetapi cinta sebernanya boleh diertikan sebagai kayu ukur untuk kita lihat sejauh mana seseorang itu matang dalam mengendalikan cinta mereka. Cinta juga sebagai wadah untuk menjadikan seseorang manusia itu matang dari segi pemikiran, perlakuan dan percakapan.

Cinta ini sebernanya hampir sama maksudnya dengan Tamadun.

Tamadun berasal dari perkataan Arab  iaitu madana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju atau kayu ukur kepada kemajuan sesuatu masyarakat itu. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu.
Sebagai pengajarannya, cinta itu tidak semestinya memiliki dan bukanlah sesuatu yang harus ditangisi jika ia boleh hilang dengan sekelip mata. Sebaliknya jadikanlah cinta itu sebagai wadah untuk kita menjadi lebih matang dalam hidup dan Islam.
Yang Ikhlas,
Afez

Jangan jadi korban cinta…

1 Comment

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

Assalamualaikum…

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, hidup ini tidak terlepas daripada melakukan pengorbanan. Sama ada pengorbanan untuk kesenangan, kebahagiaan, untuk mendapatkan sesuatu, hatta untuk makan sekalipun kita harus melakukan pengorbanan. Ini kerana pengorbanan adalah sebahagiaan dari kehidupan dan jika tiada pengorbanan, maka manusia akan terus buta dan terus alpa dalam mencari hikmah apabila sesuatu perkara itu berlaku.

Ramai dalam kalangan kita yang sedar erti sesebuah pengorbanan ini, dan sebab itulah ada di antara mereka yang berjaya dalam hidup dan sebaliknya. Setiap apa perkara yang kita lakukan atau setiap perkara yang kita korbankan pastikan membuahkan hasil yang menyenangkan. Tetapi ia bergantung juga dengan apa yang kita korbankan dan asalkan tidak melanggar hukum Islam.

Berkaitan dengan tajuk pada kali ini, terdapat 3 soalan yang anda sebagai pembaca perlu jawab dengan jujur berdasarkan apa yang telah anda semua lakukan

 

Soalan pertama: Adakah anda sedang dilamun cinta? Jika Ya, persoalannya APAKAH ANDA SANGGUP BERKORBAN DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN CINTA ANDA?

Soalan kedua: Jika Ya, persaoalannya, APAKAH PENGORBANAN YANG ANDA LAKUKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN CINTA ANDA?

Soalan ketiga: BERBALOIKAH APA YANG ANDA KORBANKAN DEMI MEMPERTAHANKAN CINTA YANG TIDAK PASTI PENGHUJUNGNYA? APAKAH KEBAHAGIAAN ATAUPUN CUMA KESEDIHAN?

 

Ya, memang ramai remaja dalam kalangan kita ataupun yang seusia hamper dengan kita ataupun yang lebih senior dari kita sedang dilamun cinta. Disebabkan itulah kita dapat lihat di mana-mana ada saja pasangan-pasangan yang jalan berpelukan, berpegangan tangan dan sebagainya. Sebelum itu, sudah tentu kita semua tertanya-tanya apakah hubungan mereka? Adakah suami isteri atau hanya pasangan kekasih yang tiada ikatan perkahwinan

Ya saya tahu ramai yang membaca artikel ini sedang dilamun cinta. Tapi apakah anda sanggup berkorban demi cinta anda? Mungkin ramai yang jawab ya. Ini kerana, kita dapat lihat kebanyakan pasangan yang bercinta mudah saja untuk berpelukan, berciuman tanpa memikirkan apakah kesannya kepada orang sekeliling dan yang lebih utama lagi adalah apakah kesannya pada agama. Apakah anda sudah lupa pada Islam? Atau anda sudah lupa pada yang menciptakan setiap apa yang ada di langit dan di bumi.

Adakah dengan membenarkan pasangan anda memegang anda sudah memadai untuk menjamin kebahagiaan anda? Sebenarnya itulah antara satu pengorbanan yang sia-sia. Kebanyakan mereka ini sebenarnya salah mengertikan istilah pengorbanan yang sebenar. Oleh sebab itulah, kita melihat banyak kes-kes kelahiran bayi luar nikah, kes-kes melakukan hubungan seks tanpa sebarang ikatan dan kes-kes remaja perempuan hilang dara semakin meningkat dari hari ke hari. Adakah kita mendengarkan bahawa kes-kes seperti ini semakin berkurang? Tidak sama sekali.

Sebaliknya mereka ini mudah termakan dengan pujuk rayu pasangan mereka. Cuba kita fikirkan, ada ke lelaki yang ingin memperisterikan perempuan yang sudah dia nodai? Saya rasa jawapannya tidak. Mengapa jawapannya tidak? Ini alasannya, jika jawapannya ya mengapa masih ada kes-kes buang bayi? Mengapa pasangan mereka tak nak bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan. Mengapa mereka tidak mengahwini saja perempuan-perempuan itu dan bertanggungjawab atas apa yang telah mereka lakukan.

Tapi, kebanyakan lelaki-lelaki seperti ini akan memberikan alasan bahawa mereka masih tidak mempunyai sumber kewangan yang stabil untuk menyara anak orang. Sebenarnya itu bukanla alasan yang munasabah , ini kerana Allah swt telah menjanjikan rezeki yang besar bagi sesiapa yang berkahwin. Jadi mengapa kita masih mempersoalkan tentang rezeki.

Kepada remaja-remaja perempuan pula, anda pasti bahawa pengorbanan anda itu tidak sia-sia dan anda pasti bahawa dengan memberikan maruah anda kepada lelaki yang belum pasti akan mengotakan janji mereka. Anda sanggupkah mengorbankan cinta anda semata-mata untuk memuaskan nafsu pasangan anda. Percaya atau tidak, pasangan anda tidak akan mintanya sekali tetapi permintaan itu akan terus berulang selagi mana anda tdiak berkeras.

Berbaloikah anda mengorbankan maruah anda, maruah keluarga dan agama anda. Mungkin akan ada yang menjawab bahawa mereka terlalu sayangkan pasangan mereka. Tapi itu bukanlah satu alibi yang  membolehkan anda melakukan sedemikian. Jodoh adalah ketentuan Allah swt. Anda Cuma perlu banyakkan berdoa dan berdoa semoga jodoh anda adalah bersama dengan pasangan anda.

Tidak salah sekiranya anda mengorbankan cinta dan saying anda demi agama. Sebaliknya, anda akan memperoleh kebahagiaan buakn setakat dunia, malah akhirat anda juga terjamin. Janganlah mengorbankan apa yang sepatutnya anda korbankan. Ingatlah, kita akan peroleh apa yang kita lakukan sama ada perkara yang baik atau perkara yang buruk. Jika hari ini anda meniggalkan pasangan anda kerana ingin mengejar kerdhaanNya, InsyaAllah anda akan memperolah pasangan yang jauh lebih baik. Jadikanlah perkara yang lalu itu sebagai pengalaman untuk anda mematangkan diri.

Bagi sesiapa yang sudh terlanjur bersama pasangan, tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ingatlah anda masih belum terlambat untuk kembali ke jalanNya. Mohonlah keampunan daripadaNya. Janganlah anda takut bahawa Allah swt tidak akan memberi keampunan. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun. Apa yang kita lakukan hari ini, adalah cermin untuk masa hadapan. Segala yang baik itu datang dari Allah swt. Ingatlah, JANGAN JADI KORBAN CINTA.

 

 

Yang Ikhlas,

Afez

Bunga Yang Cantik Jarang Harum…..

Leave a comment

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

Assalamualaikum…

Adalah ingin dimaklumkan bahawa artikel ini adalah hak milik I Luv Islam.com.

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Yang Ikhlas,

Afez

Langkah memperoleh cinta…. bahagian pertama

4 Comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

Assalamualaikum…

                Cinta, seringkali masalah cinta menjadi perbahasan dalam masyarakat setempat, di dalam mahu pun luar negara. Malah, masalah berkaitan cinta ini hangat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan siswa siswi di IPT. Dalam konteks ini, terdapat banyak masalah yang boleh dikaitkan dengan cinta. Dari sekecil-kecil masalah sehinggalah sebesar-besar masalah.

Tidak dinafikan ada segelintir masyarakat yang memandang remeh tentang cinta ini. Disebabkan sikap seperti inilah ramai remaja-remaja yang terpesong dalam mengejar ‘cinta’. Kebanyakan mereka yang mengambil sikap ambil mudah dalam soal cinta ini adalah mereka yang pernah gagal dalam bercinta. Lantaran itu, dengan inisiatif sendiri, mereka membuat tafsiran bahawa cinta itu menyusahkan atau dalam kata lain cinta itu membebankan.

Sebenarnya, sikap seperti inilah yang ingin kita kikis dalam diri mereka. Kita tidak boleh menyalahkan cinta kerana membuatkan kita kecewa. Dan kita tidak boleh menyalahkan diri sendiri kerana salah memilih cinta. Mungkin ada yang sudah bosan kerana asyik didedahkan dengan cinta. Tapi walaupun kita sudah jemu dengan perkataan ‘cinta’, kita harus akur bahawa cinta itu adalah fitrah semulajadi manusia. Hendak atau tidak kita harus menerima kehadirannya. Kita harus menerima kewujudannya walaupun ia datang bukan dengan undangan dan pergi bukan kerana diusir. Setiap manusia tidak terlepas dari memiliki rasa cinta.

Dalam artikel ini, akan dikongsikan sedikit tip agar kita tidak kecewa akibat tersalah memilih cinta. Dan dalam teks ini, saya akan menekankan tentang konsep cinta terhadap Pencipta.

Sebenarnya, sebelum kita mengejar cinta makhluk, kita seharusnya kenal apa itu erti cinta kepada Yang Esa. Ramai yang mengaku bahawa dia telah pun mencintai Tuhannya dengan alasan dia beragama Islam. Dengan menggunakan alasan tersebut bukanlah satu alibi yang kukuh untuk membuktikan bahawa kita benar-benar mencintai Rabbil ‘Alamin. Sedangkan dalam hati kita kufur. Kufur terhadap rezeki yang dikurniakan, kufur terhadap kesihatan yang diberikan dan kufur dalam pelbagai perkara. Untuk membuktikan bahawa seseorang itu mencintai Tuhannya bukanlah satu perkara yang sukar. Ini kerana, jika seseorang itu benar-benar mencintai Rabbnya dia tidak akan melakukan perkara yang dilarang sama ada dengan sengaja atau tidak, yang nyata atau yang tersembunyi, yang zahir mahupun yang batin. Dan mereka tidak menggolongkan diri mereka dalam golongan sekulerisma, di mana golongan sekulerisma ini membezakan antara agama dan kehidupan. Apabila mereka memerlukan agama, barulah mereka beragama tetapi jika tidak, maka mereka akan terus kufur. Mereka yang cinta akan Rabbnya akan sentiasa membezakan yang haq dan yang batil. Haq tetap haq, dan batil tetap batil.

Persoalannya, sejauh manakah masyarakat hari ini membutikan bahawa mereka mencintai Rabb mereka. Sedangkan amalan-amalan dan ibadah-ibadah fardhu mereka sendiri tidak terurus. Pergaulan tidak dijaga. Lelaki senang-senang saja menyentuh perempuan bukan mahramnya, dan perempuan-perempuan pula tidak menjaga adab-adab berpakaian dan mereka ini mengamlkan pergaulan bebas bersama lelaki bukan mahramnya. Layakkah mereka ini dicintai Rabb mereka. Hari ini kita dapat lihat ramai perempuan-perempuan yang meletakkan maruah mereka terlalu rendah, malah lebih rendah dari kaki mereka. Mengapa ini boleh berlaku sedangkan mereka dikurniakan sifat yang lebih banyak dari lelaki? Inilah yang menjadi persoalan masyarakat hari ini.

Bagaimana pula dengan lelaki-lelaki yang dikatakan menjadi pembela kaum hawa. Dimanakah mereka di saat hawa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar? Sebaliknya mereka pula yang merosakkan. Apakah ini sebagai bukti kita cinta kepada Rabb kita? Tiada siapa yang boleh menjawab setiap persoalan itu melainkan diri sendiri. Fikirlah wahai manusia sekalian. Jika cinta kepada Pencipta tidak dapat kita capai, maka bagaimana mungkin kita merasakan kebahagiaan di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti. Ingatlah sebelum kita mengejar cinta makhluk, carilah cinta yang lebih Agung iaitu cinta kepada Allah. Carilah sesuatu yang ada padanya keberkatan, bukan yang terdapat padanya itu satu kemurkaan. Langkah yang kedua akan disambung pada artikel yang akan datang. Sekian saja. Waallahu’alam…

Yang Ikhlas,

Afez

Matlamat dalam cinta…

5 Comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan…

Asaalamualaikum…

 

http://www.youtube.com/watch?v=nxcAOSAyJ_Y

 

CINTA, CINTA, CINTA DAN CINTA… Kita sering saja diperdengarkan dengan istilah cinta dan permasalahan cinta. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang mengkaji apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CINTA. Sebaliknya, ramai dalam kalangan kita yang hanya ingin menikmati rasa cinta sedangkan ada yang tersurat dan tersirat dalam rasa cinta itu. Mereka dengan mudahnya memperoleh cinta, sedangkan hakikatnya rasa cinta itu paling sukar untuk dinilai, ditafsir, dimiliki dan diungkapkan. Dan mereka inilah golongan yang tidak pernah rasa puas dengan hanya memiliki satu rasa cinta, bahkan mereka inilah yang tidak pernah mengerti apa itu kesetiaan, penghargaan dan kejujuran dalam sesuatu hubungan.

Sesuai dengan peredaraan masa, kita dapat melihat dan mendengar tentang kes-kes yang berkaitan dengan cinta. Persoalannya, adakah itu cinta? Ataupun nafsu? Kes-kes seperti ini berlaku kerana mereka yang bercinta ini tidak mempunyai matlamat. Apakah ada dalam kalangan kita yang mempunyai matlamat dalam bercinta? Jika jawapannya Ya, apakah sesuai matlamat kita itu dengan tuntutan syara’? Jika Tidak, apakah kita tidak serius dalam bercinta?

Dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, seharusnya kita meletakkan matlamat agar perkerjaan itu tidaklah menjadi sesuatu yang sia-sia atau merugikan masa dengan melakukannya. Sebagai contoh, bila kita makan. Apakah matlamat kita untuk makan? Untuk membekalkan tenaga atau untuk menghilangkan rasa lapar atau untuk mengelakkan daripada dapat penyakit. Atau adakah di antara kita yang makan hanya untuk suka-suka. Tak ada matlamat langsung. Hanya sekadar menurut hawa nafsu.

Begitulah juga dengan tidur. Adakah kita tidur hanya untuk suka-suka. Sudah tentu tidak kan. Sudah semestinya kita tidur kerana ingin merehatkan badan dari keletihan, betul tak. Kalau begitu, mengapa kita tidak meletakkan matlamat ketika kita melafazkan cinta kepada seseorang, sama ada lelaki atau perempuan. Adakah kita menganggap cinta itu satu permainan ataupun sekadar membuang masa. Jika itu yang bermain di fikiran, seeloknya kita ubahlah ia dengan tanggapan yang baik terhadap cinta.

Namun begitu, matlamat yang ingin diletakkan sebelum melafazkan cinta seharusnya bersesuaian dengan syara’ dan tidak melanggar hukum-hukum yang ditetapkan dalam Islam. Cinta yang mempunyai matlamat bukan sahaja menjamin kebahagian dalam jangka masa yang pendek, tetapi InsyaAllah kebahagiaan yang berterusan sehingga ke akhirat.

Pernah kita terfikir apakah kesannya jika cinta itu tiada matlamat? Sukar untuk dicapai dengan akal atau sukar untuk dibayangkan betapa besarnya kemusnahan yang akan berlaku jika cinta yang disebarkan itu tiada matlamat. Antara kesannya ialah mudah untuk berlaku pergaduhan antara lelaki dan lelaki atau perempaun dan perempuan hanya kerana gagal memiliki cinta yang direbutkan. Cuba kita fikirkan, apakah yang kita perolehi daripada memiliki cinta yang tiada matlamat? Adakah kita merasa puas jika memiliki cinta itu? Atau adakah kita merasakan bahagia jika memiliki cinta kosong itu?

Sudah tentu ramai yang mengatakan tidak. Kerana apa? Kerana ramai di antara kita yang menginginkan kebahagiaan dalam setiap perhubungan. Bagaimana mungkin kita memiliki kebahagian jika pekerjaan yang kita lakukan itu tidak mempunyai matlamat. Matlamat sebenarnya bukanlah setakat penting untuk kita peroleh sesuatu daripada apa yang kita usahakan. Tetapi, matlamat adalah bertujuan untuk kita menjadikan setiap perkara yang kita lakukan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup mereka adalah mereka yang mempunyai matlamat. Matlamat dalam hidup akan menjadikan manusia itu lebih bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu yang ingin dilakukan. Jika hidup tanpa matlamat, ibarat seorang perenang yang berenang di tengah-tengah lautan di mana dia sendiri tidak tahu manakah hala tujunya. Matlamat juga boleh diumpamakan seperti kunci dalam sesebuah kejayaan.

Begitu juga dalam percintaan. Matlamat adalah kunci kepada kebahagiaan dalam perhubungan. Tetapi, seandainya matlamat yang dipendam itu berunsurkan perkara yang negatif, apalah guna ia menjadi matlamat. Sedangkan itulah yang akan menghancurkan hidup kita. Jika matlamat kita adalah untuk mengharapkan keredhaanNya, nescaya kebahagiaan dunia dan akhirat yang akan kita peroleh. Bukan susah untuk kita memperoleh keberkatan dariNya sekiranya kita tidak melakukan perkara yang dilarang. Dan bukan susah juga untuk kita memperoleh kemurkaaNya sekiranya kita melakukan apa yang dilarang dalam berhubungan. Apa yang penting adalah matlamat yang bersih. Jika kunci yang kita miliki itu bersih dan suci, insyaAllah kejayaan dan kebahagiaan yang diimpikan itu akan memberi kebaikan kepada diri sendiri.

 

Nota: Kepada lelaki yang sedang mencari cinta, carilah bakal isteri yang benar-benar mencintaimu nescaya akan selamatkanlah kamu dari fitnah mereka. Dan janganlah kamu mencari isteri kerana kamu mencintainya, kerana itu akan menyusahkanmu. Kepada isteri yang sedang mencintai dan dicintai suami, cintailah suamimu seadanya kerana itulah yang lebih baik bagimu. Dan janganlah kamu mencintai suamimu kerana harta, pangkat ataupun darjat, nescaya itulah pembinasa hidupmu suatu hari nanti. Kepada cinta yang sedang berterbangan mencari pohon-pohon kasih, carilah pohon-pohon yang padanya ada cahaya-cahaya keimanan yang akan menjanjikan kebahagiaan buatmu di dunia mahupun akhirat.

Doa: Ya Allah, jika dia benar untuk, dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Jika dia bukan milikku, damaikanlah aku dengan ketentuanMu dan tetapkanlah aku dalam agamaMu.

 

 

Yang Ikhlas,

Afez

Bisikan cinta seorang kekasih…

5 Comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Sesungguhnya, aku berlindung dengan kekuasaanMu dari kata-kata yang sesat lagi menyesatkan..

Assalamualaikum…

 

Ya Allah, malam ini terasa sunyi sekali. Apakah sebenarnya yang aku sunyi? Adakah sunyi kerana aku semakin jauh dariNya, atau sunyi kerana terasa hidup kekosongan dan memerlukan seorang teman yang bisa mengembirakan hati saat suka dan duka…

Wanita, Satu nama yang bisa melembutkan jiwa seorang lelaki yang perkasa. Kau mempunyai kuasa yang luar biasa wahai insan yang bergelar wanita… Wanita yang hebat ialah wanita solehah…

Wahai wanita, Saat aku menulis warkah ini, di hati ini penuh rasa cinta kepadamu… Cintakan ketaqwaanmu, cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan jiwamu yang mencintaNya…. Bukan sengaja untuk aku mencintaimu, wahai wanita….. Tapi inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku menyayangi kaummu….

Wahai wanita, Saat aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada dirimu dan kaummu…. Baginda Rasulullah saw telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummulah yang mudah untuk menghuni neraka…. Tapi ingatlah wahai kekasihku, Dia maha adil…. Dia telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu….

Wahai kekasih, Aku menulis warkah ini khas buatmu…. Dengan pena dan tinta yang kau berikan inilah aku curahkan segala rasa cinta yang ku pendamkan selama kita berjauhan…. Pena itu adalah diriku, dan tinta itu ialah cintaku…..

Wahai kekasihku, Dengan kedua-dua inilah aku jadikannya wadah untuk menulis syair-syair cinta dengan kalimahNya yang agung untuk kau hayati…. syair-syair ini diibaratkan embun, dan hatimu adalah sekuntum bunga yang mekarnya mempesona….. Maka aku berharap, setiap embun-embun ini apabila ia hinggap di kelopak-kelopak cintamu akan membuatkan cintamu padaNya dan padaku semakin subur….

Wahai kekasih, Dirimu sangatlah berharga…. Martabatmu sangatlah tinggi darjatnya….. Aku sangat berterima kasih kepadamu kerana memilih diri ini sebagai pemimpinmu…. Akan ku pimpinmu ke jalan yang diredhaiNya….. Takkan ku biarkan kau tersungkur dipertengahan jalan…. Selagi aku masih di sisimu, akan ku lindungimu dari segala halangan dan rintangan yang mendatang……

Wahai kekasih,Harapanku agar kau terus berada dalam redhaNya….. Jadilah hambaNya yang sentiasa mendapat rahmat dariNya….. Akan aku setia menanti dirimu walau di mana saja kau berada tika ini….. Dan akan ku pelihara cinta ini hanya untukmu……

(sejujurnya saat diri ini menulis warkah ini, mengalir tangisan di dalam hati….  tangisan kebimbangan, masihkah ada lagi wanita yang dinyatakan dalam warkah di atas….. waallahu’alam….)

Yang Ikhlas.

Afez

Older Entries